Monday, July 14, 2008

Permainan Wau

Wau Barat


Permainan pertama yang saya akan berkongsi ialah permainan Wau yang juga boleh disebutkan sebagai Teraju tiga.Ia juga sering dikenali sebagai layang-layang di kalangan orang ramai sekarang.


Asal-Usul Wau


Permainan ini dipercayai berasal dari negeri China tetapi sudah wujud di kalangan orang melayu kita sekitar kurun kelima belas.Orang-orang melayu dahulu mempercayai bahawa Wau mempunyai kaitan di antara semangat angin dan langit.Ia dimainkan oleh semua orang pada masa lapang termasuk golongan istana.


Pada waktu cuti sekolah pertengahan tahun,saya bersama serombongan murid-murid sekolah saya ke Air Manis Homestay di Selangor,Malaysia.Objektif kami ke sana ialah untuk mempelajari cara kehidupan orang-orang kampung.Di sana, kami diajar cara untuk bermain wau dan juga membuatnya oleh penduduk di sana.


Saturday, July 12, 2008

Sekadar Pengenalan

Assalamualaikum kepada semua pembaca..

Secara ringkas, saya ingin memperkenalkan diri saya kepada semua dan juga ingin menerangkan kandungan blog saya dengan lebih lanjut .Nama saya Abdul Matin Bin Nordin.Teman-teman saya sudah biasa memanggil saya Matin.Saya gemar bermain bola sepak dan suka 'lepak' bersama teman-teman saya.Saya akan berhenti memperkenalkan diri saya sehingga di sini sahaja.Anda boleh mengetahui tentang diri saya secara lebih mendalam dengan membaca penerangan tentang saya yang telah saya terangkan di sebelah kiri blog ini.Selanjutnya ialah penerangan untuk kandungan yang akan diisikan di blog ini.Blog ini dihasilkan khas untuk penerangan tentang permainan tradisional melayu yang kian telah banyak dilupakan oleh remaja-remaja masa kini.Pada pendapat saya remaja kini hari sudah banyak melupakan permainan-permainan tradisional yang dahulu di main oleh nenek moyang mereka sendiri.Remaja ini semua kebanyakannya bermain permainan-permainan yang terkini seperti xbox,melungsuri internet dan sebagainya.Di antara sebabnya ialah ibu bapa tidak pernah menunjuk atau mengajar anak-anaknya tentang permainan budaya melayu kerana terlallu sibuk dengan hal masing-masing.Dengan ini saya akan terangkan tentang permainan tradisional melayu kepada semua bukan sahaja untuk dipahamkan malah saya berharap anda semua bermain permainan ini dan berkongsinya bersama sahabat-sahabat anda.Saya harap ini akan menarik minat remaja dan juga semua orang agar permainan tradisional melayu tidak dilupakan orang.Sekian saya akan berhenti di sini dahulu,Matin.